Friday, 24 October 2014

tiket ke jannah..

assalammualaikum...

alhamdullilah,segala syukur ku rafakkan atas segala rezeki dan kasih sayang yang Allah berikan terhadap kami..

pagi-pagi sebigini, afdhal la untuk bermadah kepada si isteri..

kepada isteri yang dicintai ambe,
cinta terakhir dunia akhirat hamba,
 terima kasih setia bersama hamba,
menyayangi dan mencintai ambe setulus hati, 
berkorban tenaga dan masa setiap saat,
bersabar dengan segala perangai dan karenah,
segala yang ada dan diberi olehmu,
adalah pemberian tidak terhingga,,
disyurgawi
hanya tiket ke jannah dapat ku beri,
menginzinkan kamu ke syurga yang hakiki,

diduniawi
akan ku cuba berbakti,
mencintai dirimu hingga akhir nanti

p/s : cinta manusia mengunakan mata hati,cinta itu bukan tukar baju,Syukran Ya Allah..

Monday, 6 October 2014

SOULMATE

Soulmate,
sebuah kisah, sebuah perjalanan,
tidak jauh perjalananya, tidak pula pendek kisahnya,
namun masih tiada titiknya.

Soulmate,
manusia itu mencipta segala kekusutan,
dalam samar mencari penyelesaian,
namun akhirnya terungkap satu pengakhiran

Soulmate,
waktu sentiasa berubah,
angin tidak pernah menentu
adakah kamu masih menunggu?

Soulmate,
andai dapat dirasa,
setiap detik didamba,
setiap malam terbuka kisahnya,
bukan suatu yang diminta
kerana hanya membawa duka.

Soulmate,
kehidupan itu milikmu,
doa milik seluruhnya,
dengan coretku,
ku harap ini menjadi akhirnya.

di iktiraf MQA..:)






Friday, 22 August 2014

jadi,jumpa di syurga!

assalammualaikum w.b.t..

alhamdullilah, hamba Allah diberi peluang untuk berbicara sebentar..

topik malam ini : kahwin lain?

lama dah ambe nak sembang pasal isu ini..cuma masa xmengizinkan..

kadang2 rasa kelakar pula, baru kahwin 8 bulan dah nak kupas isu kahwin lain...bila kita lihat, rasa terpukul pula melihat gelagat pak cik mak cik (suami isteri) dah kahwin puluh2 tahun pun langsung xsentuh isu kahwin lain, jauh lagi lah bercerai...sweat muet lagi..cinta sampai syurga kan..kita pula mcmana?

isu kahwin lain ni sensetif bagi sesetengah pihak terutama sekali wanita..semestinya ad faktor yang dibimbangkan..itu akan dibuka di post lain..

kahwin lain itu bukan satu kesalahan..apatah lagi islam membenarkanya...untuk apa kita menghalang? kita hidup di atas bumi Allah, kita hidup di atas segala yang dimiliki olehnya, mengapa kita perlu mempersoalkan apa yang dikehendaki?semuanya satu pinjaman..segala yg datang tetap akan kembali..yang berkahwin lain itu juga tidak semestinya kerana sbb yang tidak munasabah..cuma kita je nak terima atau tidak..kan?haha..mau kena black list nama ambe 30 hari 30 malam dgn isteri..hi


bagi ambe: wanita ini hiasan dunia yang paling indah..kadang2 ada satu situasi kita lihat wanita tu dah perfect habis..tpi dimata lelaki itu tetap akan nampak wanita lain lebih menonjol..inilah duniawi..namun kita kena ingat, xsemua yang indah itu tercipta untuk kita..apa yang pasti, Allah dah merancang dan menentukan jodoh yang terbaik untuk kita.. andai dia tertulis untuk kita bagilah sepenuh kasih dan sayangmu seadanya, dan bersedia menanti di syurga..

kepada isteri ambe, andai dia ajukan soalan ini suatu hari nanti : ambe akan jawab..untuk apa berkahwin lain,sedangkan Allah telah memberikan suatu yg sempurna untuk melengkapi hidup ambe..yg ada ketika suka,tangisan dan juga ketawa..haha..jodoh ini adalah pemberian Allah, dan ambe akan sentiasa setia menjaganya..insyaAllah selagi diizinkan..jadi bidadari hati yang sentiasa setia, jangan tanya soalan ini dan jangan pernah risau..teruskan hidup seperti pak cik dan mak cik itu..jadi, jumpa di syurga! :)

hanya luahan dan lontaran pandangan..sekian..:)



Wednesday, 6 August 2014

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

assalammualaikum warahmatullah..

Alhamdullilah, pelayaran hidup masih diteruskan dengan izinya..

Salam ramadhan bulan penuh barakah, dan salam eidulfitri...walaupun agak terlambat mengupdate diharapkan semuanya baik-baik belaka..

ramadhan kali terasa berlalu pantas,mungkin disebabkan kesibukan bekerja..ditambah pula sedikit dugaan hidup..

suatu yang rasa terkesan dihati adalah kehilangan suatu yang berharga..yang sudah mula disayangi dan dinanti..walaupun "dia" masih tidak wujud, tapi tetap terkesan dihati..

apa yang penting,isteri selamat..Alhamdullilah..dugaan hidup sentiasa ada,orang yg beriman sentiasa sabar dan redha dalam perjalanan hidupnya..

sekian..

Friday, 20 June 2014

sedekah

assalammualaikum w.bt..

alhamdullilah, jumaat yang di muliakan,menghampiri ramadhan ini,sama-samalah saling kita mengingati dan mengejar segala kebaikanya..

kaya sederhana atau miskin, di tahap mana pun ekonomi kita, selalulah menanamkan sifat ingin memberi..kerana yang memberi itu lebih baik.. xkiralah 10 sen mahupun 100 ringgit, selagi niatnya ikhlas atau org yg menerima mampu merasakanya, insyaAllah, sedekah kita barakah..

sedikit renungan :



kesimpulanya, buka kan hati, buka kan tangan, insyaAllah walaupun sedikit kita beri, Allah sentiasa akan beri lebih kepada kita..

Amin..

Thursday, 12 June 2014

ukhwah

assalammualaikum..

Isnin yang agak memenatkan setelah kembali semula ke Shah Alam..

Alhamdullilah, selesai sudah majlis pernikahan Abg Helmy dan kak Zati ..dan di isytiharkan keluarga pak Rani dan Mek Timah bertambah lagi menantu..semakin besarlah keluarga ini dan semoga segala limpah rezekinya sentiasa ada untuk kami sekeluarga..dan untuk abg helmy dan kak ipar, tiada yang lain selain mendoakan hubungan kekal hingga ke jannah..amin

bila disebut perkara berkaitan majlis kahwin, setiap orang akan berpandangan berbeza, mengikut pemikiran,situasi,peranan dan keadaan ketika itu...

starting fajar menyingsing, keluarga pak rani dah mula berprogram rewang..nak siapkan makanan on time..kalau dilihat, ayah chik jadi leader gayanya..since kita lagi muda, xtau step nak buat amende, and banyak lagi suddenly ambe di beri tugas mcm2..kluarkan ayam,potong daging lembu,angkat periuk,angkat lauk,kutip sampah,buka khemah,itu ini..perkara yang xpernah buat pun main buat je..penat jangan ceritala..

tapi di sebalik penat itu tersingkap seribu makna..ukhwah terbina antara kita...walaupun ambe sgtla jarang ke Terengganu dan masih lagi menantu baru, namun menerusi kenduri ni,semua dapat mengenali satu sama lain..dan kita juga dpt belajar untuk absorb persekitaran seadanya dan cuba sesuaikan diri..

at last dapat pujian dan A daripada pok sedara..rajin katanya..hehe..segala pujian daku kembalikan pada Allah..:)

terima kasih Allah untuk keluarga ini..:)

Thursday, 5 June 2014

nasi dagang

assalammualaikum..

na na na na na ganu kite...




wohoo..dah dekat sebulan perut ni duk mengidam nasi dagang..haha..kalah orang pregnant..isteri pulop dop senyap je orang mention nak mkn nasi dagang..apeda..haha

so esok sukacitanya sy on leave dan akan pulang ke kampung pangkalan berangan..kasi pekena nasi dagan mek timah...insyaAllah mungkin 3 pinggan?he

sambil2 tu main motif: kepada sek2 di ganu marilah datang ke rumah mentua ambe ari sabtu, walimatulurus abg ipar ambe.. nak mari makang nasi dagang pun boleh..

doakan perjalanan kami... shah alam-marang..:)